Anda sedang menyemak lewa dalam mod peribadi. Untuk menggunakan westernunion.com, sila buka dan teruskan dalam tetingkap semak lewa biasa.
  • Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

Menghantar wang secara dalam talian


 

Bolehkah saya menghantar wang dalam talian dengan Western Union?

Ya, anda boleh menghantar wang dalam talian dari apl Western Union kami atau di wu.com ke lokasi ejen Western Union untuk mengambil wang secara tunai. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai cara untuk menghantar wang dalam talian.

Atas

 

Bagaimana saya boleh melengkapkan pindahan wang dalam talian pertama saya dalam apl Western Union atau wu.com di Malaysia?

Untuk melengkapkan pindahan wang dalam talian pertama anda, anda perlu mendaftar dan mendapatkan pengesahan profil anda. Semasa proses pengesahan profil anda, anda perlu memulakan pindahan wang melalui apl dan membayar di lokasi ejen. Ingat bahawa anda perlu menunjukkan kepada ejen tersebut ID yang sama yang anda muat naik dalam apl. Jika profil anda berjaya disahkan, anda akan dapat menghantar wang dari apl, sedia untuk pengambilan wang tunai atau terus ke akaun bank.  Namun, jika profil anda tidak dapat disahkan segera, anda masih boleh memindahkan wang dengan memulakan pindahan wang anda dalam apl dan membayar di lokasi ejen.

Jika anda mempunyai sebarang soalan ketika mendaftar, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Saya sudah mencipta profil dan telah menghantar wang melalui apl di lokasi ejen. Bagaimanakah saya boleh menghantar wang dalam talian menggunakan apl Western Union atau dari wu.com di Malaysia?

Setelah anda memulakan pindahan wang dalam apl dan melengkapkannya di lokasi ejen, sila muat naik ID yang dikemukakan kepada ejen, ke dalam apl atau web. Apabila status profil anda berubah kepada “disahkan”, anda akan dapat menghantar wang dalam talian menggunakan kaedah FPX - debit bank terus.

Kaedah FPX membolehkan anda menyediakan wang kepada penerima anda dalam bentuk tunai, dengan mengambilnya terus dari akaun bank anda. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda. Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai, apabila tersedia kepada akaun bank penerima atau kepada telefon bimbit penerima.

Atas

 

Bagaimanakah cara untuk muat naik ID saya?

Untuk muat naik ID anda, sila daftar masuk ke dalam profil anda dan pergi ke langkah terakhir sebelum memulakan pindahan wang, kemudian pilih “muat naik ID anda”. Ingat bahawa anda perlu muat naik ID sama yang digunakan apabila mencipta profil anda. Anda boleh muat naik sehingga dua fail berlainan bergantung kepada jenis ID. Fail ini dibolehkan dalam format bmp, gif, png, jpg, jpeg atau pdf dengan saiz maksimum 10 megabait (10 MB).

Jika ID anda sepadan dengan yang diberikan di lokasi ejen, status profil anda akan tetap "disahkan". Jika ID anda berbeza, status profil anda mungkin berubah dan anda tidak akan dapat menggunakan kaedah FPX - debit bank terus, buat sementara waktu.

Kaedah FPX membolehkan anda menyediakan wang kepada penerima anda dalam bentuk tunai, dengan mengambilnya terus dari akaun bank anda. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda. Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai, apabila tersedia kepada akaun bank penerima atau kepada telefon bimbit penerima.

  

Jika anda mempunyai sebarang soalan ketika mendaftar, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Berapa lamakah tempoh untuk wang tersedia kepada penerima saya di Malaysia?

Anda boleh menghantar wang dalam talian dari apl Western Union atau wu.com menggunakan perkhidmatan wang cepat* kami.

Jika pindahan wang anda diperlukan cepat*, anda boleh menghantarnya dalam talian menggunakan kaedah FPX - debit bank terus.

Kaedah FPX membolehkan anda menyediakan wang kepada penerima anda dalam bentuk tunai, dengan mengambilnya terus dari akaun bank anda. Penerima boleh mengambil wang tunai di mana-mana lokasi ejen Western Union di seluruh dunia, bergantung kepada waktu operasi. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda. Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai, apabila tersedia kepada akaun bank penerima atau kepada telefon bimbit penerima.

*Dana mungkin ditangguhkan atau perkhidmatan tidak tersedia berdasarkan kepada syarat pindahan tertentu, termasuk amaun yang dihantar, negara destinasi, ketersediaan mata wang, isu kawal selia dan tukaran asing, tindakan penerima yang diperlukan, keperluan pengenalan, waktu lokasi ejen, perbezaan zon waktu, atau pemilihan pilihan yang tertangguh. Sekatan tambahan mungkin dikenakan. Lihat Terma dan Syarat untuk butiran.

Atas

 

Di negara dan wilayah manakah saya boleh menghantar wang dalam talian?

Sila klik di sini untuk melihat semua negara yang anda boleh hantar wang dalam talian dari apl Western Union atau dari wu.com di Malaysia.

Pindahan domestik dalam Malaysia juga tersedia.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh membayar pindahan wang saya dalam talian?

Anda boleh membayar menggunakan kaedah FPX - debit bank terus.

Kaedah FPX membolehkan anda menyediakan wang kepada penerima anda dalam bentuk tunai, dengan mengambilnya terus dari akaun bank anda. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda. Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai, apabila tersedia kepada akaun bank penerima atau kepada telefon bimbit penerima.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Berapakah jumlah wang yang boleh saya hantar dalam talian dari Malaysia?

Setelah profil anda disahkan di lokasi ejen, anda akan dapat menghantar dalam talian sehingga 3,000 MYR bagi setiap pindahan, setiap hari; 15,000 MYR setiap minggu atau 30,000 MYR setiap bulan.

Jika anda ingin menghantar lebih banyak, anda boleh mengunjungi lokasi ejen.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh tahu jika pindahan dalam talian saya telah diluluskan?

Resit dalam talian akan menunjukkan sama ada pindahan anda telah diluluskan. Apabila pindahan selesai, anda akan mendapat e-mel berserta nombor kawalan penjejakan wang (MTCN) anda.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh membatalkan pindahan wang selepas ia dihantar?

Pindahan wang hanya boleh dibatalkan jika ia belum diambil oleh penerima di negara destinasi.

Jika anda mahu membatalkan pindahan wang anda, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Bolehkah saya mendapatkan resit pindahan saya?

Ya, satu resit akan dihantar ke e-mel anda selepas pindahan lengkap. Anda juga boleh melihat butiran semua pindahan anda dalam bahagian profil anda dalam apl Western Union.

Atas

 

Apakah Nombor Kawalan Pindahan Wang (MTCN)?

Nombor Kawalan Pindahan Wang (MTCN) adalah nombor unik yang diumpukkan kepada pindahan anda.

Penerima anda akan memerlukan nombor ini apabila mereka mengambil wang mereka dan ia juga boleh digunakan untuk jejaki pindahan anda.

Atas