Anda sedang menyemak lewa dalam mod peribadi. Untuk menggunakan westernunion.com, sila buka dan teruskan dalam tetingkap semak lewa biasa.
  • Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

Hantar Wang secara Peribadi


 

Siapakah yang menggunakan perkhidmatan pindahan wang Western Union?

Perkhidmatan Western Union adalah untuk sesiapa sahaja yang perlu menghantar atau menerima wang dengan cepat. Daripada pelancong dan orang yang menanggung rakan atau saudara di luar negara, kepada ahli perniagaan yang perlu membuat pindahan antarabangsa yang lebih cepat.

Atas

 

Siapakah ejen Western Union®?

Mereka adalah wakil kami di negara-negara yang berbeza yang anda perlukan untuk menghantar atau menerima wang, mereka mungkin bank, pejabat pos, pasar raya, kedai runcit, juruwang cek, pusat khidmat penghantaran, kedai ubat, agensi pelancongan, depot, lapangan terbang, stesen kereta api dan bas, pejabat pertukaran mata wang dan peruncit lain.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh mencari lokasi ejen Western Union® di Malaysia?

Mencari lokasi ejen di Malaysia adalah mudah, pergi ke pencari ejen kami.

Atas

 

Bagaimanakah cara saya menghantar wang dari lokasi ejen?

Sebaik sahaja anda sampai ke lokasi ejen kami, anda akan diminta untuk memberikan maklumat seperti nama pertama, nama keluarga penerima anda, jumlah yang anda ingin hantar dan negara yang anda hantarkan serta ID yang dikeluarkan oleh Kerajaan anda; kemudian cuma berikan sahaja ejen tersebut jumlahnya termasuk yuran yang dikenakan. Wang anda akan tersedia dalam beberapa minit kepada penerima anda selepas pemindahan selesai.

Atas

 

Apakah dokumen yang boleh saya gunakan untuk menghantar wang di Malaysia?

Anda perlu mengemukakan sebarang ID rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan (cth. sah  untuk menghantar wang di lokasi ejen Western Union. ID yang boleh diterima adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Perbankan Malaysia.

Atas

 

Berapakah jumlah wang yang saya boleh hantar dari lokasi ejen Western Union di Malaysia?

Anda biasanya boleh menghantar sebarang jumlah yang anda inginkan.  Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pindahan, anda mungkin perlu memberikan maklumat atau dokumen tambahan. Buat masa ini, anda boleh menghantar secara peribadi sehingga RM 50,000 bagi setiap pemindahan, setiap hari.

Atas

 

Bagaimanakah pindahan wang dibayar kepada penerima?

Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai.

Sekatan lain mungkin dikenakan. Sila hubungi ejen Western Union (pautan ke halaman "Cari lokasi") untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan atau anda boleh menghubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460, atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh mengetahui status pindahan wang saya?

Anda boleh menyemak status pindahan anda dalam talian. Anda hanya perlukan nama penghantar dan nombor penjejakan (MTCN - Nombor Kawalan Pindahan Wang) yang dicetak pada resit penghantar.

Atas

 

Bolehkah saya menghantar wang pada bila-bila masa di lokasi ejen?

Setiap lokasi ejen Western Union menentukan waktu operasinya sendiri. Ada yang melanjutkan waktu dan dibuka pada hujung minggu.

Cari lokasi ejen Western Union berdekatan dengan pencari ejen kami.

Atas