Anda sedang menyemak lewa dalam mod peribadi. Untuk menggunakan westernunion.com, sila buka dan teruskan dalam tetingkap semak lewa biasa.

Soalan Lazim

Pendaftaran


 

Bagaimanakah caranya saya boleh mendaftar dalam talian menggunakan apl Western Union atau di wu.com di Malaysia?

Pendaftaran adalah wajib bagi kebanyakan perkhidmatan kami. Selepas anda memuat turun apl Western Union atau membuka laman wu.com kami, anda perlu melengkapkan borang pendaftaran profil dan ikuti langkah-langkah ini:

1.     Anda akan diminta memberikan nama penuh, alamat penuh di Malaysia, nombor telefon, alamat e-mel, negara, tarikh lahir, jantina dan kewarganegaraan.

2.     Mulakan pindahan wang menggunakan apl Western Union.

3.     Setelah pindahan wang disediakan, sila lawati lokasi ejen yang terdekat bagi membayar dan melengkapkan pindahan

4.     Kemukakan dokumen pengenalan sama yang digunakan apabila anda mulakan pindahan wang pada apl. Ingat bahawa anda mestilah mengemukakan dokumen pengenalan yang sah (pasport, kad pengenalan, lesen memandu, permit tinggal berserta foto, permit kerja berserta foto, pasport kecemasan, Kad UNHCR, kad pengenalan tentera/polis/kerajaan, Kad I). ID yang boleh diterima adalah tertakluk kepada peraturan Bank Pusat Malaysia.

5.     Berikan wang kepada ejen di lokasi.

6.     Setelah berjaya melengkapkan pindahan wang yang dimulakan oleh apl anda di lokasi ejen, anda perlu memuat naik salinan ID sama yang dikemukakan kepada ejen, pada apl. Kemudian, anda akan menerima e-mel pengesahan profil.

7.      Jika anda mempunyai sebarang soalan ketika mendaftar, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union di 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

 

Atas

 

Adakah saya perlu mendaftar dalam apl Western Union atau di wu.com di Malaysia walaupun saya sudah ada akaun “tetamu”?

Ya, pendaftaran adalah wajib agar anda dapat menggunakan perkhidmatan penghantaran wang dalam talian kami dengan sepenuhnya.

Atas

 

Bagaimanakah cara untuk muat naik ID saya?

Untuk muat naik ID anda, sila daftar masuk ke dalam profil anda dan pergi ke langkah terakhir sebelum memulakan pindahan wang, kemudian pilih “muat naik ID anda”. Ingat bahawa anda perlu muat naik ID sama yang digunakan apabila mencipta profil anda. Anda boleh muat naik sehingga dua fail berlainan bergantung kepada jenis ID. Fail ini dibolehkan dalam format bmp, gif, png, jpg, jpeg atau pdf dengan saiz maksimum 10 megabait (10 MB).

Jika ID anda sepadan dengan yang diberikan di lokasi ejen, status profil anda akan tetap "disahkan". Jika ID anda berbeza, status profil anda mungkin berubah dan anda tidak akan dapat menggunakan kaedah FPX - debit bank terus, buat sementara waktu.

Kaedah FPX membolehkan anda menyediakan wang kepada penerima anda dalam bentuk tunai, dengan mengambilnya terus dari akaun bank anda. Setelah anda memilih negara destinasi anda, anda akan nampak jenis perkhidmatan yang tersedia untuk anda. Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai, apabila tersedia kepada akaun bank penerima atau kepada telefon bimbit penerima.

Jika anda mempunyai sebarang soalan ketika mendaftar, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union kami 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Adakah terdapat sebarang kos untuk mendaftar perkhidmatan dalam talian di Malaysia?

Tidak, pendaftaran adalah percuma.

Atas

 

Siapakah yang boleh mendaftar dan menghantar wang dalam talian?

Sesiapa yang memenuhi syarat-syarat berikut, boleh menggunakan perkhidmatan pindahan wang dalam talian kami.

  • Individu mestilah mempunyai ID yang sah.
  • Mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun pada tarikh permohonan.
  • Mesti menerima Terma dan Syarat menggunakan perkhidmatan ini.
  • Mesti mempunyai alamat e-mel yang sah.
  • Mesti mempunyai nombor telefon yang sah
  • Mesti mempunyai akaun bank di Malaysia.

Atas

 

Berapa banyak kali saya boleh mendaftar?

Pendaftaran dengan dokumen pengenalan dan alamat e-mel yang sah hanya boleh sekali sahaja.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh mengubah/mengemas kini profil WU saya?

Anda boleh mengubah/mengemas kini maklumat Profil WU anda dari tab Gambaran Keseluruhan Profil selepas anda log masuk ke wu.com, hanya jika profil anda belum disahkan.

Selepas identiti anda disahkan, anda tidak boleh menukar nama, nama keluarga, tarikh lahir dan kewarganegaraan anda. Jika anda perlu menukar maklumat ini selepas identiti anda disahkan, sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460.

Atas

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa ID Pengguna / kata laluan log masuk saya/ atau berulang kali memasukkan butiran yang tidak betul?

ID Pengguna anda adalah alamat e-mel anda.

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh memilih pilihan "Lupa kata laluan" dan kata laluan baru akan dihantar ke e-mel anda.

Jika anda berulang kali memasukkan butiran yang salah atau profil anda dikunci, sila cuba log masuk ke profil anda selepas 30 minit atau hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mahu menukar atau mengemas kini kata laluan dan alamat e-mel saya?

Anda boleh menukar kata laluan anda pada halaman Gambaran Keseluruhan Profil selepas anda log masuk. Sila pilih "Edit profil" dari menu sebelah kanan dan tukar kata laluan anda.

Untuk pendaftaran dalam talian, anda boleh menggunakan hanya satu alamat e-mel. Selepas anda mengesahkan e-mel anda, ia tidak boleh diubah.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh membatalkan profil dalam talian Western Union saya?

Sila hubungi nombor bebas tol Pusat Khidmat Pelanggan Western Union 1-800-81-3399, dail terus +85234080460 atau hantarkan e-mel ke malaysia.customer@westernunion.com.

Atas