Jika pindahan wang anda ditangguhkan, kami akan menghubungi anda menggunakan maklumat yang anda berikan semasa pindahan anda.
Apabila pindahan wang anda telah diambil oleh penerima atau didepositkan ke dalam akaun, kami akan menghubungi anda dengan cara yang berikut:
E- mel: Jika anda menghantar wang melalui laman web kami atau aplikasi Western Union, anda akan menerima pemberitahuan pengambilan melalui e-mel.
SMS: Jika anda menghantar wang di salah satu lokasi ejen kami dan telah memilih pemberitahuan SMS, kami akan menghantar pemberitahuan pengambilan melalui mesej SMS kepada nombor telefon yang anda berikan.
Nota: Jika anda memberikan nombor talian tetap, sila tambah nombor telefon bimbit anda pada profil anda agar kami dapat menghantar SMS kepada anda.
Jika anda menghantar pindahan wang, anda boleh menyemak status pada bila-bila masa di laman web kami atau pada aplikasi Western Union.
Ikut langkah yang berikut untuk menyemak status:
Penerima anda juga boleh menyemak status pindahan jika mereka mempunyai MTCN.
Penting: Sila pastikan anda berkongsi MTCN dengan penerima anda sahaja dan bukan dengan orang lain.
Western Union tidak menghantar pemberitahuan kepada penerima. Penghantar boleh berkongsi nombor penjejakan (MTCN) mereka dengan penerima untuk menyemak status pindahan wang menggunakan MTCN.
Penghantar hendaklah memaklumi penerima tentang proses pengambilan, termasuk pengesahan identiti.
Nota: Jangan kongsi nombor penjejakan dengan sesiapa kecuali penerima anda.
Jika anda melihat ralat semasa menggunakan laman web kami atau aplikasi Western Union, sila ambil perhatian terhadap kod ralat dan jika boleh, ambil tangkapan skrin ralat tersebut.
Kemudian, anda boleh menghantar maklumat tersebut kepada Perkhidmatan Pelanggan. Sila sertakan juga:
Untuk pindahan bank, semak tarikh anggaran yang tertera pada resit pindahan wang anda.
Pada tarikh anggaran penghantaran, penerima boleh membuat semakan dengan bank mereka untuk mengetahui jika mereka telah menerima wang.
Anda perlu menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Western Union. Sila sediakan MTCN anda apabila anda membuat panggilan agar kami boleh membantu anda dengan secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa bayaran balik akan tersedia dengan kami hingga 15 Februari 2021. Selepas itu, sebarang dana yang tidak dituntut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
Anda boleh menyemak status pindahan anda pada bila-bila masa melalui westernunion.com atau aplikasi Western Union kami: