Soalan Lazim

Terima wang

Berapakah kos untuk menerima wang?

Semua yuran dibayar oleh penghantar. Penerima tidak membayar yuran pindahan.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika pindahan wang saya telah diterima?

Anda boleh pergi ke jejaki pindahan di wu.com atau apl Western Union kami. Kemudian taipkan nama penghantar dan MTCN (Nombor Kawalan Pindahan Wang). Anda akan mendapat maklumat terkini mengenai status terbaru pindahan wang anda. 

Anda juga boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Western Union.

Bagaimanakah cara saya mengambil pindahan wang?

Anda boleh mengambil wang tersebut di mana-mana lokasi ejen Western Union. Anda perlu memberikan maklumat berikut:
  • Nama penuh penghantar..
  • Negara tempat wang itu dihantar.
  • Jumlah anggaran yang dihantar.
  • Nombor Penjejakan (MTCN – Nombor Kawalan Pindahan Wang)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati lokasi ejen Western Union terdekat anda. Atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan.

Bagaimanakah cara penerima saya boleh mendapatkan wang?

1. Pengambilan tunai di lokasi ejen 

Penerima anda boleh mengambil wang di mana-mana lokasi Western Union yang berdekatan. Mereka perlu melengkapkan Borang Terima Wang (TRMF) dan memberikan ID foto keluaran kerajaan4, bersama-sama dengan maklumat yang berikut: 

  • Nombor penjejakan (MTCN) 
  • Nama penuh penghantar 
  • Negeri/bandar/wilayah negara penghantar 
  • Jumlah yang dijangka 

2. Pindahan bank 

Wang dihantar kepada akaun bank penerima yang anda berikan semasa anda menghantar pindahan. 

 3. Dompet mudah alih 

Wang dihantar kepada dompet mudah alih penerima anda. Penerima anda boleh melawati operator rangkaian mudah alih mereka untuk menerima wang tunai. 

 Nota: Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menghantar atau menerima wang menggunakan Western Union. 

 Superskrip: 

4 Kami mungkin akan meminta penerima anda memberikan butiran tambahan untuk pengesahan identiti. 

Apakah yang diperlukan oleh penerima saya untuk mengambil pindahan wang?

Penerima anda boleh mengambil wang mereka di mana-mana lokasi ejen kami. Mereka hanya perlu memberikan perkara yang berikut: 

  • Nombor penjejakan (MTCN) 
  • Nama penuh penghantar dan penerima
  • Jumlah yang dijangka
  • ID foto keluaran kerajaan anda
  • Negara dan negeri/bandar/wilayah penghantar  

Apakah dokumen yang boleh saya gunakan untuk mengambil wang di Malaysia?

Anda perlu mengemukakan sebarang ID rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan (cth. sah  untuk mengambil wang di lokasi ejen Western Union. ID yang boleh diterima adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Perbankan Malaysia.

Bagaimanakah ejen Western Union membayar pindahan wang?

Pindahan wang secara amnya akan dibayar secara tunai.
 

Sekatan lain mungkin dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati lokasi ejen Western Union terdekat anda. Atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan.