< Kesedaran Penipuan

Laporkan penipuan

Jika anda telah menjadi mangsa pengkomplot, jadilah proaktif—laporkan kes anda kepada Western Union, penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa lain. Ini merupakan langkah penting untuk membantu mencegah penipuan dan melindungi orang lain daripada menjadi mangsa penipuan.

Western Union menguntukkan sejumlah besar sumber—pendanaan, pekerja dan teknologi—untuk memerangi penipuan dan membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa.

Kami mengambil berat tentang mereka yang menggunakan perkhidmatan kami—mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang mereka, sebab itulah kami memerangi penipuan dan membantu untuk mendidik mereka tentang pelbagai jenis penipuan pengguna dan cara melindungi diri mereka. Melalui kerjasama dengan media dan kumpulan sokongan pengguna untuk mendidik pengguna, kita boleh membantu mengelakkan individu yang tidak menaruh syak wasangka daripada menjadi mangsa penipuan pengguna.

Sentiasa Mengambil Tahu

Western Union membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa komplot pindahan wang melalui pendidikan dan kesedaran.

Ikuti makluman dan kemas kini kami

Laporkan kepada Western Union

Kami di Western Union selalu gusar mendengar tentang mereka yang telah kehilangan wang kepada pengkomplot ini. Lebih membimbangkan apabila mendapati bahawa penjenayah telah menggunakan perkhidmatan yang sah sebagai cara untuk menipu pengguna.

Hubungi Talian Utama Penipuan kami

Jika anda menggunakan perkhidmatan pindahan wang kami dan percaya bahawa urus niaga itu adalah palsu, hubungi kami dengan segera. Beritahu kami perkara yang berlaku. Kami mahu membantu—dan satu-satunya cara adalah dengan anda menghubungi kami. Mudah sahaja–nombor bebas tol kami di Malaysia ialah 1800 816332.

Jika pindahan belum lagi dibayar, kami boleh menghentikan urus niaga dan membayar balik wang anda.

Borang Tuntutan Penipuan Dalam Talian

Jika urus niaga anda telah dibayar dan anda mahu memaklumi Western Union tentang situasi anda, anda boleh membuat tuntutan dengan jabatan penipuan kami di
1800 816332 atau menggunakan borang tuntutan penipuan untuk memfailkan laporan penipuan. Laporan yang kami terima membolehkan kami menjejak komplot dengan lebih baik dan membantu kami menyelamatkan pengguna lain daripada menjadi mangsa penipuan.

girl-copy-1
Laporkan kepada Pihak Berkuasa

Melaporkan penipuan boleh membawa kepada lebih kesedaran dan pendidikan yang lebih baik. Kami menggalakkan anda untuk menghubungi pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang setempat anda jika anda percaya bahawa anda merupakan mangsa penipuan. Anda juga boleh menghubungi sumber perlindungan pengguna yang lain.

Melaporkan penipuan adalah amat penting: Ini membantu kami mendidik pengguna lain dan boleh memberikan maklumat kepada pihak berkuasa tentang penipuan terkini dalam pasaran. Kami kerap bekerjasama dengan organisasi polis di seluruh dunia tetapi penting bagi anda untuk mengetahui bahawa peranan kami bukanlah penguatkuasaan undang-undang dan terdapat bahaya yang wujud dalam percubaan menangkap penjenayah terhadap kedua-dua Ejen dan pelanggan kami. Oleh sebab ini serta hakikat bahawa penerima boleh mengambil dana pada bila-bila masa dari banyak lokasi, kami bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membantu penyiasatan dan pendakwaan terhadap orang yang mengambil kesempatan daripada perkhidmatan kami untuk melakukan penipuan.

Soal Jawab

Pengetahuan Boleh Melindungi Anda. Anda bekerja keras untuk mendapatkan wang dan anda mahukan syarikat yang boleh anda percayai untuk menghantar wang anda kepada rakan dan keluarga. Sebab itulah kami mahu membantu anda melindungi diri anda daripada penipuan.

Apakah yang harus saya lakukan jika saya berpendapat bahawa saya telah ditipu?

Hubungi talian utama penipuan kami di 1800 816332 dengan segera. Jika anda telah menghantar dana tetapi dana itu belum dibayar kepada penerima, anda mungkin dapat menghentikan urus niaga itu

Apakah yang akan berlaku apabila saya memfailkan tuntutan penipuan?

Selepas anda memfailkan tuntutan dengan jabatan penipuan kami menerusi 1800 816332 atau menggunakan borang tuntutan penipuan dalam talian kami, hubungi agensi penguatkuasaan undang-undang setempat anda. Western Union akan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang sekiranya dikehendaki.

Kami kerap bekerjasama dengan organisasi polis di seluruh dunia tetapi penting bagi anda untuk mengetahui bahawa peranan kami bukanlah penguatkuasaan undang-undang dan terdapat bahaya yang wujud dalam percubaan menangkap penjenayah terhadap kedua-dua Ejen dan pelanggan kami. Oleh sebab ini serta hakikat bahawa penerima boleh mengambil dana pada bila-bila masa dari banyak lokasi, kami bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membantu penyiasatan dan pendakwaan terhadap orang yang mengambil kesempatan daripada perkhidmatan kami untuk melakukan penipuan.

Adakah Western Union akan membayar balik wang saya?

Jika anda memindahkan wang dan wang belum diambil, hubungi talian utama penipuan kami di 1800 816332untuk menghentikan urus niaga.

Jika dana belum diambil oleh penerima, anda akan mendapat bayaran balik penuh, termasuk yuran urus niaga.

Jika wang anda telah diambil oleh penerima dan anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan, kami mengesyorkan agar anda memfailkan tuntutan penipuan rasmi dengan Western Union dan melaporkan keadaan anda kepada penguatkuasa undang-undang.

Semua kes yang dilaporkan kepada Western Union akan disemak untuk menentukan sama ada bayaran balik akan dibenarkan. Kami berusaha keras untuk mengenal pasti urus niaga penipuan dan menghalang urus niaga tersebut daripada melalui sistem kami tetapi pengkomplot mahir dan taktik mereka sentiasa berubah. Cara terbaik untuk menghentikan penipuan adalah mempelajari cara mengenal pasti penipu dan komplot.

Apakah yang dilakukan oleh Western Union untuk mencegah penipuan?

Kami komited untuk memastikan bahawa pelanggan kami tidak kehilangan wang yang mereka peroleh dengan bekerja keras kepada kaki tipu. Sebab itulah kami telah melaksanakan banyak cara menghentikan penipuan daripada berlaku, termasuk:

  • Amaran penipuan automatik
  • Maklumat pencegahan penipuan yang diberikan kepada lokasi Ejen runcit kami
  • Petua dan sumber pencegahan penipuan di www.wu.com/fraudawareness dan pada Facebook dan Twitter
  • Penampilan dan peluang bercakap pada acara industri pencegahan penipuan, termasuk pameran untuk warga emas apabila kami berkongsi maklumat dan petua untuk membantu orang ramai mengesan dan melindungi diri mereka daripada komplot
Apakah yang perlu saya lakukan dengan e-mel spam yang merujuk kepada Western Union?

Sila majukan e-mel asal yang berkenaan kepada spoof@westernunion.com. Sila ambil perhatian bahawa tindakan ini tidak akan memfailkan tuntutan; jika anda berpendapat bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan, hubungi talian penting penipuan kami dan laporkan jenayah tersebut, kemudian failkan tuntutan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang setempat anda.

Selain itu, kami menggalakkan anda berkongsi maklumat mengenai komplot dan e-mel pemancingan data dengan rakan dan keluarga anda. Penyampaian dari mulut ke mulut merupakan cara yang berkesan untuk menyebarkan cerita mengenai komplot biasa. Jika anda menerima e-mel pemancingan data yang tidak diminta, orang lain mungkin menerimanya juga.

Apakah komplot yang paling biasa?

Komplot boleh berlaku dalam banyak bentuk dan penjenayah sentiasa mengubah taktik mereka untuk terus selangkah ke hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang jenis penipuan.