< Undang-undang

Maklumat kuki untuk Malaysia

Sila ambil perhatian – Halaman ini menerangkan cara kuki digunakan pada laman web Western Union setakat 27 Januari 2016.

 

Penggunaan kuki oleh Western Union

Kuki ialah fail teks kecil yang diletakkan pada komputer anda oleh laman web yang anda kunjungi dan e-mel tertentu yang anda buka. Kuki digunakan secara meluas untuk menjadikan laman web beroperasi atau berfungsi dengan lebih cekap serta menyediakan maklumat perniagaan dan pemasaran.

Kami menggunakan kuki untuk mengingati keutamaan kuki anda. Ini bermaksud:

  • Jika anda memadamkan semua kuki anda, anda perlu mengemas kini keutamaan anda
  • Jika anda menggunakan peranti, profil komputer atau pelayar yang berbeza, anda perlu mengemas kini keutamaan anda sekali lagi

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang kuki, lawati www.allaboutcookies.org

 

Kawalan ke atas kuki

Kami hanya akan membaca atau menulis kuki untuk tahap keutamaan yang anda pilih. Jika pelayar anda tidak menyokong JavaScript, anda perlu mengurus keutamaan kuki melalui tetapan pelayar web anda. Anda perlu ambil perhatian bahawa jika anda menyahaktifkan semua kuki melalui pelayar anda, hanya ciri-ciri yang terhad dalam laman web ini boleh berfungsi.

Tiga jenis kuki boleh digunakan semasa lawatan anda ke laman web Western Union

  • Kuki transaksional–ialah kuki yang digunakan semasa lawatan laman web anda untuk ciri-ciri penting. Ini termasuk mengenal pasti negara dan bahasa yang akan digunakan, urus niaga pemprosesan, mengenal pasti versi laman web yang anda gunakan (cth. mudah alih atau komputer meja), untuk pengesanan dan pencegahan penipuan, memudahkan pematuhan dan kestabilan laman web. Kuki ini dikelaskan sebagai perlu untuk mengendalikan laman web ini.

Contoh kuki dalam kategori ini ialah:

Western UnionBigIPCookie; Server_Cookie; CookieOptin; SessionID; WUCountryCookie; WULanguageCookie; dan JSessionID.
  • Kuki prestasi – kuki ini mengumpulkan maklumat tentang prestasi laman web kami dan penggunaan laman web anda seperti halaman yang anda lawati, jika anda mengalami sebarang ralat, untuk membantu Western Union dengan masalah pencarisilapan pada laman web ini, mengenal pasti tahap penggunaan pada bahagian berbeza laman web. Kuki ini secara umumnya mengumpul maklumat statistik tanpa nama. Semua maklumat adalah tanpa nama dan hanya digunakan untuk membantu kami meningkatkan pengalaman laman web anda, memahami minat anda dan mengukur keberkesanan pemasaran. Jika anda ingin menarik diri daripada syarat ini, sila gunakan Alatan Tetapan Kuki kami.

Contoh-contoh dalam kategori ini adalah seperti di bawah dan disediakan oleh rakan kongsi kami.

Rakan kongsiPerihalan
OmnitureKami menggunakan perisian Omniture untuk menjalankan analisis statistik penggunaan halaman, interaksi halaman dan laluan melalui Western Union yang dikenali sebagai ‘analisis web’. Kami boleh merekodkan maklumat tertentu yang pelanggan berikan semasa urus niaga di lokasi. Maklumat ini membolehkan kami untuk mengenal pasti pelanggan dan memahami tingkah laku individu dan keperluan mereka dengan lebih tepat.
TeaLeafDigunakan untuk tujuan pencarisilapan isu-isu laman web yang berpotensi. Ini menyediakan kaedah untuk menyemak pengalaman laman web pengguna dan mengenal pasti serta menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Kuki pemasaran – ialah kuki yang membantu kami menyediakan pemasaran kepada anda, menilai kejayaan pemasaran dan dipautkan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Western Union dan pihak ketiga seperti tinjauan, permintaan pemasaran, butang ‘Suka’ dan butang ‘Kongsi’ daripada pihak ketiga yang memautkan kepada laman rangkaian sosial seperti Facebook yang kemudiannya boleh menggunakan maklumat tentang lawatan anda. Jika anda ingin menarik diri daripada syarat ini, anda boleh menggunakan Alatan Tetapan Kuki kami

Rakan kongsi kami yang meletakkan kuki dalam kategori ini adalah seperti di bawah.

Rakan kongsiTujuan
DoubleClickPembekal pengiklanan dalam talian kami yang digunakan untuk tujuan penyiaran iklan Internet kami di laman web lain.
Affiliate WindowRangkaian sekutu yang membantu kami mengesan cara pengunjung tiba di laman web kami untuk memudahkan bayaran pengiklanan dan komisen.
Net BoosterRangkaian sekutu yang membantu kami mengesan cara pengunjung tiba di laman web kami untuk memudahkan bayaran pengiklanan dan komisen.
Trade DoublerRangkaian sekutu yang membantu kami mengesan cara pengunjung tiba di laman web kami untuk memudahkan bayaran pengiklanan dan komisen.
Commission JunctionRangkaian sekutu yang membantu kami mengesan cara pengunjung tiba di laman web kami untuk memudahkan bayaran pengiklanan dan komisen.

Dalam sesetengah kes, beberapa kuki ini diuruskan bagi pihak kami oleh pihak ketiga tetapi kami tidak membenarkan pihak ketiga menggunakan kuki untuk sebarang tujuan selain daripada yang disenaraikan di atas.

Untuk penyingkiran kuki pihak ketiga daripada komputer, anda mungkin perlu mengurus keutamaan kuki melalui tetapan pelayar anda.

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut tentang kuki boleh ditemukan
pada https://www.allaboutcookies.org
dan https://www.youronlinechoices.eu