Pusat Sumber Penipuan

Lindungi diri anda daripada penipuan

Gunakan Western Union untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga anda sahaja.

 

Jika seseorang yang tidak pernah anda temui meminta anda untuk menghantar pindahan wang, jangan berikan respons kepada mereka. Gunakan kata laluan yang kukuh dan jangan buka pautan yang rawak. Jangan kongsi maklumat peribadi anda.

 

Nota: Selepas pindahan dihantar atau didepositkan, Western Union mungkin tidak dapat memberikan bayaran balik. Jika wang tidak dihantar atau didepositkan, anda boleh memaklumi kami dengan mengisi tuntutan penipuan.

 

Jika pengkomplot meminta anda menghantar wang menggunakan perkhidmatan Western Union, hubungi Talian Utama Penipuan kami untuk membuat laporan.

 

Berhati-hati jika seseorang muncul tanpa diduga dan meminta anda menghantar wang untuk sebarang situasi yang berikut:

Kecemasan

Perlindungan antivirus

Pembelian dalam talian

Bayaran atau deposit bagi hartanah sewaan

Beli-belah rahsia

Sumbangan amal

Pembayaran cukai

Bayaran kad kredit atau pinjaman

Loteri atau cabutan bertuah

Peluang pekerjaan

Penyelesaian hal imigresen

Pengumpanan telepemasaran

Jangan abaikan penipuan

Apabila anda melaporkan penipuan, anda membantu untuk mengurangkan kebarangkalian orang lain daripada menjadi mangsa komplot. Laporan tersebut juga membantu agensi penguat kuasa undang-undang mengenal pasti dan mencegah komplot.

 

Jika anda yakin anda telah menyaksikan aktiviti penipuan, anda digalakkan untuk menghubungi agensi penguat kuasa undang-undang tempatan dan sumber perlindungan pengguna yang lain.

 

Tindakan melaporkan penipuan adalah amat penting. Laporan membantu untuk mendidik pengguna dan menyediakan maklumat kepada pihak berkuasa tentang komplot semasa. Walaupun kami bekerjasama dengan organisasi polis secara global, peranan kami bukanlah sebagai penguat kuasa undang-undang. Kami bekerjasama dengan agensi untuk menyokong siasatan dan mendakwa pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan kami.

Perkara yang perlu diketahui

Bagaimanakah saya boleh mengenal pasti komplot?

Komplot tidak semestinya berlaku dengan cara yang tertentu. Namun, terdapat corak yang boleh diperhatikan untuk mengelakkan dan mencegah komplot:

  • Pengkomplot akan berpura-pura menghadapi kecemasan dan meminta anda menghantar wang. Jika anda tidak pernah bertemu dengan seseorang, sebaik-baiknya jangan hantar pindahan wang kepada mereka.
  • Jika kata laluan anda mudah diteka atau dapat diakses, pengkomplot boleh menggodam akaun anda. Gunakan kata laluan yang kukuh dan jangan kongsi kata laluan dengan sesiapa.
  • Pengkomplot menggunakan e-mel, media sosial, mesej teks dan panggilan telefon untuk mendapatkan perhatian anda. Biasanya, mesej atau alamat e-mel mereka mengandungi kesalahan tatabahasa dan ejaan. Sebelum anda memberikan respons, selidik terlebih dahulu.
Apakah yang akan berlaku selepas saya memfailkan tuntutan penipuan?

Selepas anda memfailkan tuntutan penipuan, jabatan penipuan kami akan menyemak tuntutan anda. Jika perlu, pasukan kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bergantung pada status pindahan, kami mungkin membayar balik pindahan anda. Anda akan menerima e-mel daripada kami yang menyatakan status permintaan tuntutan anda.

Sila ingat bahawa Western Union tidak boleh menangkap pengkomplot. Kami bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk membantu siasatan dan mendakwa individu yang mengambil kesempatan terhadap perkhidmatan kami untuk melakukan penipuan.

Adakah saya akan menerima bayaran balik untuk pindahan wang saya?

Jika anda yakin bahawa pindahan anda telah dihantar kepada orang yang salah, hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami dengan segera untuk membatalkan pindahan. Jika pindahan anda tidak diambil, dihantar atau didepositkan, anda akan mendapat bayaran balik penuh bagi pindahan tersebut.

Apakah yang dilakukan oleh Western Union untuk mencegah penipuan?

Kami memaklumi orang ramai tentang penipuan melalui saluran yang berbeza, menawarkan petua dan sumber kepada pelanggan serta melabur dalam teknologi untuk membantu kami meningkatkan perlindungan terhadap penipuan. Apabila penipuan dilaporkan, kami menyokong agensi penguat kuasa undang-undang dengan memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh mereka untuk menyiasat komplot tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menerima e-mel mencurigakan yang meminta saya menghantar pindahan menggunakan Western Union?

Sila majukan e-mel tersebut kepada spoof@westernunion.com. Harap maklum bahawa tindakan memajukan e-mel ini tidak bermakna tuntutan penipuan telah difailkan. Untuk melaporkan komplot, anda mestilah memfailkan tuntutan penipuan dalam talian atau menghubungi talian utama penipuan kami.

Sentiasa mengambil tahu

Ikuti kami pada media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini tentang komplot dan cara melindungi diri anda. Bersama-sama, marilah kita #BeFraudSmart!

Ikuti makluman dan kemaskinian kami