< Kesedaran Penipuan

Pusat pendidikan dan pengetahuan

Sentiasa Mengambil Tahu

Western Union membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa komplot pindahan wang melalui pendidikan dan kesedaran.

Ikuti makluman dan kemas kini kami

Perkara yang perlu diketahui

Anda Rakan Kongsi kami.
Walaupun Western Union berusaha untuk mengelakkan penipuan, kami yakin bahawa pencegahan penipuan itu tanggungjawab semua orang.
Pertahanan terbaik anda adalah untuk menyedari, mendidik diri anda dan menggunakan pertimbangan yang waras dengan petua bermaklumat kami.
Jangan jadi mangsa: Ketahui cara mengesan tanda amaran komplot atau pengkomplot sebelum terlambat.

Pindahan Wang Jangan Sekali-kali

Rendahkan peluang anda menjadi mangsa penipuan dengan menyemak lapan perkara ini yang tidak sekali-kali patut dilakukan apabila menggunakan perkhidmatan pindahan wang.

  1. Jangan sekali-kali menghantar wang kepada orang yang tidak pernah anda temui.
  2. Jangan sekali-kali menghantar wang untuk membayar cukai atau yuran untuk memenangi loteri atau hadiah.
  3. Jangan sekali-kali menggunakan soalan ujian sebagai langkah keselamatan tambahan untuk melindungi urus niaga anda.
  4. Jangan sekali-kali memberikan maklumat perbankan anda kepada individu atau perniagaan yang tidak anda kenali.
  5. Jangan sekali-kali menghantar wang lebih awal untuk mendapatkan pinjaman atau kad kredit.
  6. Jangan sekali-kali menghantar wang untuk situasi kecemasan tanpa mengesahkan bahawa situasi tersebut memang berlaku.
  7. Jangan sekali-kali menghantar dana daripada cek dalam akaun anda sehingga cek itu dijelaskan secara rasmi—yang mungkin mengambil masa berminggu-minggu.
  8. Jangan sekali-kali menghantar pindahan wang kepada individu untuk pembelian dalam talian.

Ketahui lebih lanjut tentang jenis komplot yang berbeza

Tanda Amaran Umum
  • Pengkomplot mempunyai banyak alasan untuk tidak bersemuka dengan anda. Mereka menyenaraikan pelbagai sebab untuk memerlukan wang dan selalu kelihatan sebagai bermasalah.
  • Pengkomplot mendakwa bahawa mereka terlibat dalam kemalangan atau berlaku tragedi keluarga sebaik sahaja sebelum menaiki kapal terbang untuk menemui anda atau ditahan di jabatan Kastam dan memerlukan wang untuk keluar.
  • Pengkomplot tidak habis-habis meminta wang untuk membeli tiket kapal terbang untuk berjumpa anda atau “mengapungkan” wang sehingga hari gaji.
  • Pengkomplot memerlukan wang kerana mereka disamun dan wang, pasport dan ID mereka dicuri semasa mengembara.
  • Pengkomplot akan meminta anda menghantar wang itu menggunakan nama rakan atau ahli keluarga untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai dana atau untuk bertindak sebagai eskrow sehingga anda menerima barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
  • Pengkomplot mendakwa bahawa mereka telah terlibat dalam kemalangan, berada di hospital dan bil perubatan mereka perlu dibayar penuh sebelum mereka boleh keluar hospital.
E-mel & Pemancingan Data

Kata laluan dan ID memiliki nilai yang tinggi dalam kalangan penjenayah siber. Menghantar e-mel pemancingan data kepada banyak alamat e-mel rawak adalah satu cara mudah untuk pengkomplot mencuri maklumat daripada mereka yang tidak menaruh syak wasangka. Suatu e-mel itu mungkin merupakan e-mel pemancingan data jika:

  • E-mel ditulis dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa yang salah atau nama syarikat yang biasa disalah eja.
  • Nama anda tiada dalam baris “Kepada”. E-mel ini mungkin telah dihantar kepada ribuan orang.
  • Alamat e-mel penghantar mencurigakan; mungkin mengandungi syarikat biasa atau organisasi kerajaan yang disalah eja.
  • E-mel tidak menggunakan nama anda. Mana-mana institusi kewangan tempat anda membuka akaun mengetahui nama anda. E-mel bermula dengan “Pelanggan yang dihormati”, “Kepada Sesiapa Yang Berkenaan” atau “Helo” boleh menandakan komplot.
  • URL itu palsu. Letakkan penuding di atas pautan “klik di sini” atau “bertindak sekarang” menggunakan tetikus anda. Jika anda melihat URL yang ganjil dan bukannya laman web syarikat yang sah, jangan klik.
  • Anda dimaklumkan bahawa terdapat pelanggaran keselamatan terhadap akaun anda dan jika anda tidak mengambil tindakan yang disyorkan dalam e-mel, akaun anda akan digantung buat sementara waktu.
  • E-mel tersebut akan meminta maklumat peribadi, kad kredit atau akaun dalam talian anda atau menghalakan anda ke laman web yang meminta maklumat itu. Syarikat yang sah biasanya tidak akan berbuat demikian.

 

Jika anda menerima e-mel yang mencurigakan:

  • Jangan buka e-mel itu; padam dengan serta-merta.
  • Jangan ikut sebarang pautan dalam e-mel – walaupun e-mel tersebut untuk “nyahlanggan” daripada penghantar – atau membuka mana-mana fail yang dilampirkan padanya.
  • Western Union tidak akan menghantar e-mel kepada anda untuk meminta ID, kata laluan atau maklumat peribadi anda. Jika anda tidak pasti sama ada e-mel adalah daripada Western Union atau tidak, jangan buka mana-mana pautan, klik pada mana-mana lampiran atau berikan mana-mana kata laluan atau ID pengguna.

Majukan e-mel kepada spoof@westernunion.com lalu padamkan e-mel itu.