Buy global, pay local.

Bayar untuk pembelian Amazon.com anda di Western Union

Anda kini boleh menggunakan Ringgit Malaysia untuk membuat bayaran secara tunai bagi jutaan produk Amazon.com dari seluruh dunia di lokasi agen Western Union® anda.

Beli-belah Sekarang

Tekan untuk ketahui lebih lanjut

pbuy global, pay local

Beli global, bayar lokal.

Pilih dengan mudah Kod Bayaran semasa daftar keluar di Amazon.com dan bayar untuk pembelian anda secara tunai di lokasi ejen Western Union setempat anda. Ia sungguh mudah.

Beli Sekarang

Mudah untuk beli dan bayar.

1.

Membeli-belah dari puluhan juta produk di Amazon.com

2.

Semasa daftar keluar, sila pilih bayaran “Kod Bayaran Amazon”.

3.

Sila kunjungi lokasi ejen Western Union dengan Kod Bayaran dan kad pengenalan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membuat bayaran anda secara tunai

4.

Amazon membuat penghantaran pesanan anda dengan segera, ayuh berseronok!

Boleh Dipercayai.

Dengan keyakinan terhadap salah satu daripada rangkaian pemindahan wang terbesar di dunia, inilah masa terbaik untuk membeli-belah di Amazon.com. Pelanggan kami bergantung kepada kami untuk memproses berjuta-juta pemindahan wang dan transaksi bayaran bil pada setiap tahun. Kini, anda turut boleh bergantung kepada kami untuk bayaran Amazon anda.

Mudah.

Terdapat banyak lokasi ejen Western Union yang berada berdekatan dengan anda. Cari location berdekatan menggunakan Cari Ejen kami dan lawati kami untuk membayar pembelian Amazon.com anda. Hanya bawa ID dan PayCode (Kod Bayaran) anda dan ejen kami akan memproses pembayaran tunai anda.

Tiada yuran tambahan.

Anda tidak perlu risau tentang caj kad kredit atau yuran bank yang tersembunyi. Western Union tidak mengenakan caj kepada anda untuk bayaran. Lagipun Kod Bayaran Amazon menunjukkan dengan jelas jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan untuk membuat bayaran pembelian.

Cari lokasi ejen Western Union untuk membayar pembelian Amazon.com anda secara tunai.

Saya sedang membeli-belah di:

Soalan lazim.

Apakah Kod QR, Kod Bayar atau Kod Bayaran Balik?

Kod-kod ini dikeluarkan oleh Amazon semasa anda daftar keluar. Ia mengandungi maklumat tentang butiran pesanan anda dan membantu kami untuk memproses bayaran atau bayaran balik di lokasi ejen Western Union. Sila bawa kod ini bersama anda semasa anda datang untuk membuat bayaran.

Di manakah saya boleh cari Kod QR, Kod Bayar atau Kod Bayaran Balik saya?

Anda boleh cari Kod QR, Kod Bayar atau Kod Bayaran Balik dalam e-mel pengesahan atau aplikasi/laman web Amazon.

Adakah QR Code, PayCode atau Refund Code akan tamat tempohnya?

Sila rujuk kepada Amazon Order Confirmation anda untuk mengetahui tempoh mansuh QR Code, PayCode atau Refund Code anda.

Apakah yang perlu saya bawa bersama semasa saya datang sendiri untuk pembelian Amazon di ejen lokasi Western Union?

Perkara yang berikut diperlukan:

  • ID bergambar yang dikeluarkan oleh kerajaan;
  • Kod QR, Kod Bayar atau Kod Bayaran Balik yang diberikan oleh Amazon;
  • Jumlah wang tunai yang tepat untuk membuat pembayaran bagi pesanan.

Bagaimanakah jika saya lupa membawa ID saya?

Kami tidak boleh memproses bayaran anda atau membuat bayaran balik tanpa ID yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bagaimanakah jika nama saya dalam pesanan tidak padan sepenuhnya dengan ID yang diberikan untuk bayaran di lokasi agen Western Union?

  • Kesilapan ejaan diterima sekiranya sama ada nama pertama atau terakhir kelihatan serupa;
  • Hanya nama pertama dan nama terakhir akan disemak. Oleh itu, pastikan ia sepadan dengan butiran pesanan anda.

Bagaimanakah jika nama saya dalam pesanan tidak sepadan dengan ID saya?

Sila hubungi Amazon untuk mengemas kini nama anda pada pesanan asal.

Bagaimanakah jika saya ingin orang lain membuat bayaran bagi pesanan Amazon saya di lokasi agen Western Union?

Nama pada pesanan Amazon asal hendaklah sepadan dengan ID orang yang membuat bayaran di lokasi ejen Western Union.

Bagaimanakah jika bayaran saya di lokasi ejen Western Union telah ditolak?

Jika kami tidak dapat memproses bayaran anda, anda perlu melayari laman web Amazon.com atau aplikasi dan gunakan kaedah pembayaran alternatif.

Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai wang yang secukupnya semasa saya datang untuk membuat bayaran bagi pembelian saya di lokasi agen Western Union?

Kami tidak dapat memproses bayaran anda tanpa jumlah bayaran penuh. Untuk melengkapkan bayaran, sila kembali ke lokasi ejen dengan jumlah wang yang tepat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pengesahan Amazon anda.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh Amazon untuk menerima bayaran melalui Western Union?

Masa pemprosesan bayaran adalah berbeza. Sebaik sahaja bayaran dibuat di lokasi Western Union, anda akan menerima e-mel pengesahan bayaran daripada Amazon. Sila semak aplikasi atau laman web Amazon untuk menjejak status keseluruhan pesanan anda.

Bagaimanakah cukai dan duti tempatan dibayar?

Duti dan cukai tempatan ditentukan oleh Amazon dan termasuk dalam jumlah yang perlu dibayar bagi pesanan tersebut.

Bagaimanakah saya boleh cari lokasi ejen Western Union yang berdekatan agar saya boleh buat bayaran untuk pesanan Amazon saya?

Sila pergi ke Pengesan Lokasi Ejen kami dan pilih opsyen Bayar bagi Pembelian Amazon untuk melihat lokasi ejen Western Union yang dekat dengan anda.

Jika saya perlu mendapatkan bayaran balik, adakah saya perlu datang semula ke lokasi agen Western Union yang sama di tempat saya membuat bayaran pesanan asal?

Anda boleh mendapatkan bayaran balik bagi bayaran Kod Bayaran asal anda di mana-mana lokasi ejen Western Union yang menerima bayaran Amazon. Sila pergi ke Pengesan Lokasi Ejen dan pilih opsyen Bayaran bagi Pembelian Amazon untuk melihat lokasi ejen yang dekat dengan anda.

Bolehkah saya terima bayaran balik di lokasi ejen Western Union sekiranya saya membuat pesanan asal saya dengan menggunakan kad kredit/debit dalam talian?

Anda hanya boleh terima bayaran balik di lokasi ejen Western Union bagi pesanan asal yang dibayar di lokasi ejen Western Union. Sila hubungi Amazon jika anda memerlukan bayaran balik bagi sebarang cara bayaran yang lain.

Adakah saya akan terima mata My WU® Rewards bagi bayaran pembelian Amazon yang saya buat di lokasi agen Western Union?

Bayaran yang dibuat bagi pembelian Amazon tidak layak untuk My WU® Rewards.

Bagaimanakah jika saya memutuskan untuk membatalkan pesanan saya selepas saya membuat bayaran di lokasi agen Western Union?

Sila pergi ke aplikasi atau laman web Amazon dan ikut arahan tentang pembatalan pesanan. Sebaik sahaja anda menerima Kod Bayaran Balik, sila pergi ke lokasi ejen Western Union untuk mendapatkan bayaran balik.

Boleh saya batalkan pesanan saya sebelum ia dihantar?

Sila rujuk kepada aplikasi atau laman web Amazon untuk arahan tentang cara membatalkan pesanan anda.

Bagaimanakah jika saya mempunyai soalan tentang pesanan Amazon saya?

Sila rujuk kepada aplikasi atau laman web Amazon bagi sebarang soalan tentang pesanan anda.