• Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

Dana Yang Tak Dituntut Soalan Lazim


Jika anda telah menerima pemberitahuan pindahan tidak dibayar daripada kami, ini bermakna pindahan yang anda buat tidak dibayar kepada penerima. Sila hubungi kami untuk memproses bayaran balik.

Anda boleh mendapatkan MTCN (nombor penjejakan) pada halaman sejarah pada aplikasi kami atau di westernunion.com yang anda gunakan untuk membuat pindahan.

 

 

Bagaimanakah saya mengetahui jika pindahan saya tidak dibayar?

Bagaimanakah cara saya mendapatkan bayaran balik bagi pindahan yang tidak dibayar?

Bagaimanakah cara menemukan MTCN saya?

Bagaimanakah jika saya tidak dapat menemukan MTCN saya?

Apakah yang akan berlaku jika saya terlepas tempoh bayaran balik?

 

Bagaimanakah saya mengetahui jika pindahan saya tidak dibayar?

Anda akan menerima e-mel atau SMS daripada kami yang memaklumkan bahawa anda telah menghantar pindahan tetapi pindahan tersebut tidak dibayar kepada penerima anda.

 

Top

 

Bagaimanakah cara saya mendapatkan bayaran balik bagi pindahan yang tidak dibayar?

Anda perlu menghubungi kami pada talian 1800-813-399. Jika anda di luar Malaysia, hubungi kami pada talian +852-340-80460 (bukan bebas tol). Sila sediakan MTCN anda apabila anda membuat panggilan agar kami boleh membantu anda dengan secepat mungkin. Sila ambil perhatian bahawa bayaran balik akan tersedia dengan kami hingga 15 Februari 2021. Selepas itu, sebarang dana yang tidak dituntut akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Top

 

Bagaimanakah cara menemukan MTCN saya?

Anda boleh merujuk e-mel atau pemberitahuan SMS yang telah kami hantar. Anda juga boleh log masuk ke westernunion.com atau aplikasi kami dan semak halaman sejarah untuk pindahan tertentu dan MTCN yang sepadan.

Top

 

Bagaimanakah jika saya tidak dapat menemukan MTCN saya?

Jika anda tidak dapat menemukan MTCN, sila hubungi kami pada talian 1800-813-399 dari Malaysia atau +852-340-80460 (bukan bebas tol) jika anda berada di luar Malaysia. Sila sediakan tarikh pindahan dan nombor rujukan yang diterima dengan e-mel atau SMS daripada kami.

Top

 

Apakah yang akan berlaku jika saya terlepas tempoh bayaran balik?

Dana yang tidak dituntut akan diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Anda boleh menuntut dana anda dengan menyemak Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) atau lawati jabatan AGD di Menara Maybank. Sebaik sahaja anda mengesahkan dana yang tidak dituntut, anda boleh menghantar cetakan e-GUMIS melalui e-mel kepada Malaysia.Operations@wu.com dan kami akan menyediakan surat pengesahan untuk anda menuntut wang anda daripada AGD

Top