• Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

COVID-19

Western Union akan terus memantau perkembangan COVID-19 (koronavirus) secara teliti. Kami mengutamakan keselamatan pelanggan dan pekerja kami, serta keselamatan orang yang terjejas. Di sini, anda boleh mendapatkan jawapan kepada pertanyaan anda ada tentang cara perkhidmatan kami berubah sepanjang masa ini. Kami akan memastikan maklumat ini dikemas kini apabila situasi berubah.



1. Adakah Western Union dibuka untuk perniagaan?

• Ya, kami terus berkhidmat untuk pelanggan kami dan beroperasi di seluruh dunia. Dalam keadaan ini, kami menggalakkan pengguna di kawasan yang terjejas agar menghantar atau menerima wang menggunakan aplikasi mudah alih kami, atau westernunion.com.

• Sila ambil perhatian bahawa lokasi ejen kami di kawasan yang mengalami tahap penularan COVID-19 tertinggi mungkin menutup perniagaan mereka buat sementara waktu atau mengemas kini waktu operasi lokasi tersebut. Pastikan anda menyemak pelokasi ejen kami untuk mengetahui waktu operasi semasa. Anda juga seharusnya mempertimbangkan untuk membuat panggilan kepada lokasi berkenaan sebelum membuat lawatan untuk mengesahkan ketersediaan perkhidmatan dan waktu operasi.

Atas

 

2. Saya tidak dapat mengambil pindahan wang saya kerana tiada lokasi ejen yang dibuka atas sebab COVID-19.

Kami meminta maaf atas kesulitan ini. Memandangkan keadaan sentiasa berubah, kami mengesyorkan pengguna yang mengalami sekatan tempatan yang disebabkan oleh COVID-19 agar melawati westernunion.com atau menggunakan aplikasi mudah alih kami untuk menghantar wang kepada akaun bank atau dompet digital.

Atas

 

3. Jika saya tidak dapat mengambil pindahan wang saya, apakah yang akan berlaku pada wang saya?

Pindahan wang anda akan tersedia selama 30 hari. Selepas tempoh tersebut, penghantar anda perlu menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk memulakan semula pemindahan atau membatalkan pemindahan berkenaan dan mendapatkan bayaran balik.

Atas

 

4. Bolehkah saya membenarkan orang lain mengambil wang tersebut sekiranya saya tidak boleh meninggalkan rumah saya?

Atas sebab keselamatan, hanya penerima yang ditetapkan boleh mengambil wang tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta penghantar anda menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami untuk membatalkan pemindahan tersebut dan memulakan pemindahan yang baharu. Selepas itu, penghantar anda boleh memindahkan wang dalam talian kepada akaun bank atau dompet mudah alih, jika tersedia.

Atas

 

5. Apakah yang boleh saya lakukan untuk melindungi diri saya daripada penipuan?

Sila ambil perhatian tentang risiko penipuan dan pancingan data, terutamanya buat masa ini dan berhati-hati apabila menghantar wang:

• Jangan hantar wang untuk yuran pinjaman atau kad kredit, kastam atau penghantaran.

• Jangan hantar wang kepada orang yang tidak pernah anda temui.

• Berhati-hati terhadap perniagaan tanpa alamat jalan yang disahkan.

• Jangan buat pembayaran bagi barangan atau perkhidmatan melalui pemindahan wang kepada individu.

• Berhati-hati terhadap pemindahan wang untuk badan amal dan minta ID daripada wakil mereka.

• Fikir dua kali sebelum berkongsi maklumat kewangan anda.


Sila lawati halaman Kesedaran penipuan kami untuk mengetahui lebih lanjut dan menyemak komplot dalam talian semasa berkenaan koronavirus.

Atas

 

6. Adakah benar bahawa wang kertas dapat menyebarkan koronavirus?

Buat masa ini tiada sebab untuk kami mempercayai bahawa wang kertas lebih berkemungkinan untuk menyebarkan virus seperti koronavirus berbanding sebarang permukaan lain. Panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebersihan asas merupakan pertahanan paling baik terhadap koronavirus.

Atas

 

7. Adakah terdapat sebarang tujuan amal yang boleh saya sertai melalui Western Union?

Western Union dan Western Union Foundation telah melancarkan permohonan global sebanyak $1J USD dan menerima derma hingga 15 Mei Western Union dan Western Union Foundation akan memberikan sumbangan sebanyak $500,000 USD dalam bentuk derma untuk bekalan, peralatan dan bantuan perubatan barisan hadapan. Derma di sini.

Atas

 

8. Apakah yang dilakukan oleh Western Union untuk menyokong pelanggan buat masa ini?

• Matlamat kami adalah untuk memastikan perkhidmatan digital dan runcit kami kekal beroperasi di seluruh dunia, dengan mematuhi peraturan serta garis panduan tempatan.

• Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan kami, seperti menambahkan cara baharu untuk mempercepat proses pengesahan ID dan menawarkan ciri penghantaran rumah di sesetengah negara.

• Memandangkan keadaan sentiasa berubah, kami mengesyorkan pengguna yang mengalami sekatan tempatan yang disebabkan oleh COVID-19 agar melawati westernunion.com atau menggunakan aplikasi mudah alih kami untuk menghantar wang terus kepada akaun bank atau dompet digital. Perkhidmatan ini tersedia di lebih 100 negara buat masa ini.

Atas