Anda sedang menyemak lewa dalam mod peribadi. Untuk menggunakan westernunion.com, sila buka dan teruskan dalam tetingkap semak lewa biasa.
  • Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

Perlindungan Pengguna

Western Union menghargai perniagaannya dan mengambil berat dalam menghantar dana anda dengan cara paling cepat dan paling boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, penting untuk melindungi diri anda daripada penipu yang bertekad untuk mendapatkan wang anda.

Berikut adalah beberapa soalan lazim tentang penipuan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati bahagian Kesedaran penipuan di sini.


 

Adakah terdapat senario penipuan biasa yang perlu saya ketahui dan perkara yang saya tidak sepatutnya menghantar wang saya?


Ya. Hanya gunakan Western Union untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga. Jangan hantar wang kepada seseorang yang anda belum jumpa secara peribadi. Penipu kadang-kadang menggalakkan orang memindahkan wang. Jangan pindahkan wang kepada sesiapa yang meminta anda menghantar wang kepada mereka:

  • Untuk keadaan kecemasan yang belum disahkan lagi.
  • Untuk pembelian dalam talian.
  • Untuk perlindungan anti virus.
  • Untuk deposit atau bayaran harta sewaan.
  • Untuk menuntut loteri atau hadiah kemenangan.
  • Untuk membayar cukai.
  • Untuk derma kepada amal.
  • Untuk tugasan membeli-belah misteri.
  • Untuk peluang pekerjaan.
  • Untuk kad kredit atau yuran pinjaman.
  • Untuk menyelesaikan perkara imigresen.

Jika anda memindahkan wang, orang yang anda hantarkannya akan mendapat wang dengan cepat. Selepas wang dibayar, Western Union tidak dapat memberi bayaran balik, walaupun jika anda adalah mangsa penipuan melainkan dalam keadaan yang terhad.

Atas

 

Seseorang yang mendakwa dari Western Union menghantar e-mel kepada saya. Apa yang perlu saya lakukan?



Jika anda menerima e-mel daripada sesiapa sahaja yang mendakwa dari Western Union dan anda tidak pasti mengenainya, jangan klik pada sebarang pautan dalam mel tersebut. Ini mungkin cubaan "memancing data" untuk memperoleh maklumat sensitif daripada anda. Sebaliknya, segera hantarkan semula mel yang mencurigakan itu kepada malaysia.customer@westernunion.com.

Western Union tidak akan menghantar e-mel kepada anda untuk meminta ID pengguna, kata laluan atau butiran kad kredit anda.

Atas

 

Apakah itu Soalan Ujian? Bilakah ia digunakan?

Di sesetengah negara, penghantar diminta memberikan 'Soalan Ujian' dan jawapannya apabila mereka memulakan pindahan.  Dalam kes di mana 'Soalan Ujian' diberikan oleh penghantar, penerima mungkin dikehendaki memberi jawapannya apabila mengambil dana.  Ciri 'Soalan Ujian' direka untuk situasi kecemasan apabila penerima masih perlu memberi pengenalan yang sewajarnya. Ia tidak boleh digunakan sebagai keselamatan tambahan atau untuk melambatkan pembayaran. Di kebanyakan tempat, kami akan membayar penerima apabila penerima menunjukkan pengenalan yang sewajarnya, walaupun dia tidak tahu jawapan kepada soalan tersebut. Soalan ujian tidak tersedia untuk pembayaran di Malaysia.

Atas

 

Bolehkah ciri Soalan Ujian melindungi dana saya atau melambatkan pembayaran transaksi?


Ciri 'Soalan Ujian' direka untuk situasi kecemasan apabila penerima masih perlu memberi pengenalan yang sewajarnya. Ia tidak boleh digunakan sebagai keselamatan tambahan atau untuk melambatkan pembayaran. Di kebanyakan tempat, kami akan membayar penerima apabila penerima menunjukkan pengenalan yang sewajarnya, walaupun dia tidak tahu jawapan kepada soalan tersebut. Soalan ujian tidak tersedia untuk pembayaran di Malaysia.

Atas

 

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya mengesyaki penipuan atau saya adalah mangsa penipuan?


Anda perlu menghubungi Talian Penting Penipuan Western Union di 1-800-816-332 dengan segera untuk mendapatkan bantuan berkenaan transaksi yang anda percaya telah dihantar untuk penipuan.  Anda juga perlu membuat laporan dengan penguatkuasa undang-undang tempatan anda.

Anda juga perlu menghubungi pejabat Hal Ehwal Pengguna kerajaan anda dan balai polis jika anda tidak pasti atau rasa sangsi dengan pengumpanan telefon, mel atau e-mel.

Atas

 

Apakah petua tambahan yang perlu saya ingati?

  • Sentiasa pastikan anda kenal orang yang anda hantarkan wang.
  • Hentikan panggilan jika pemanggil mengajar anda untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh Western Union.
  • Keselamatan adalah tanggungjawab semua. Sentiasa mengambil tahu. Mengikuti trend penipuan baru.
  • Ingat, jika ia kelihatan sukar untuk dipercayai, ia mungkin tidak boleh dipercayai.

Untuk maklumat lanjut tentang cara melindungi diri anda daripada penipuan, klik di sini.

Atas