Anda sedang menyemak lewa dalam mod peribadi. Untuk menggunakan westernunion.com, sila buka dan teruskan dalam tetingkap semak lewa biasa.
  • Penerima
  • Bayaran
  • Semak semula
  • Resit

Soalan Lazim

Lokasi Ejen WU


 

Apakah lokasi ejen Western Union?

Lokasi ejen Western Union adalah perniagaan bebas yang menyediakan perkhidmatan pindahan wang kepada pelanggan mereka bagi pihak Western Union. Di Malaysia ini adalah pejabat Pertukaran wang dan Bank.

Atas

 

Bagaimanakah saya boleh mencari lokasi ejen Western Union berdekatan?

Gunakan pautan ini untuk mencari lokasi ejen berdekatan anda.

Atas

 

Bagaimanakah cara saya menghantar wang dari lokasi ejen Western Union?

Anda perlu mengemukakan dokumen pengenalan yang sah, butiran transaksi dan membayar ejen jumlah yang anda mahu hantar serta yuran, secara tunai.

Atas

 

Perkhidmatan pindahan manakah yang ditawarkan di lokasi ejen Western Union?

Lokasi ejen Western Union menawarkan keupayaan untuk menghantar dan menerima wang di seluruh dunia menggunakan wang tunai.

Atas

 

Berapakah jumlah wang yang saya boleh hantar dari lokasi ejen Western Union?

Anda biasanya boleh menghantar sehingga 50,000 MYR. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah jumlah dan pindahan, anda mungkin perlu memberikan maklumat atau dokumen tambahan seperti berikut:

Pasport, ID yang dikeluarkan oleh kerajaan, lesen memandu, permit kediaman dengan foto, permit kerja dengan foto, pasport kecemasan, Kad UNHCR, ID tentera/polis/kerajaan, I Kad untuk menghantar wang di lokasi ejen Western Union.

ID yang boleh diterima adalah tertakluk kepada peraturan Bank Pusat Malaysia.

Atas