Selamat datang ke dunia My WU

Teruskan menebus mata anda untuk ganjaran dan nantikan program kesetiaan baharu.

Manfaat program

Hantar wang dengan cepat dan mudah

Daftar dalam talian atau di lokasi ejen terdekat secara percuma dengan Western Union untuk membuat pindahan wang dengan mudah.

Tebus mata ganjaran

Kami telah menjeda pemerolehan mata ganjaran tetapi mata ganjaran sedia ada yang tamat tempoh mengikut terma dan syarat boleh ditebus untuk mendapatkan diskaun yuran pindahan.

Pengalaman yang lebih baik

Kami sedang membaharui program kesetiaan kami. Oleh itu, teruskan membuat pendaftaran dan nantikan segala perkembangan terkini tentang program baharu dengan lebih ganjaran.

Terokai ganjaran

30 mata

Dapatkan Diskaun 50% Yuran Pemindahan¹

20 mata

Dapatkan Diskaun 25% Yuran Pemindahan¹

Jadi ahli program kesetiaan Western Union secara percuma

Anda boleh membuat pendaftaran dengan melawati ejen Western Union tempatan atau dalam talian.

Cari lokasi

Soalan lazim

Apakah perubahan yang dibuat pada program kesetiaan My WU?

Kami tahu anda bekerja keras untuk mendapatkan wang dan kami sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan kami untuk memudahkan dan mendayakan kewangan anda. Kami mendengar pendapat daripada anda bahawa program ganjaran semasa kami memerlukan perubahan. Walaupun kami telah menjeda pemerolehan mata baharu, anda masih boleh membuat pendaftaran dan menebus mata sedia ada. Daftar secara percuma hari ini untuk mengetahui perkembangan yang akan datang.

Bagaimanakah cara membuat pendaftaran dalam program kesetiaan My WU?

Untuk membuat pendaftaran dalam program kesetiaan My WU:

• Cipta profil Western Union di westernunion.com atau aplikasi mudah alih kami dan tandakan petak semak My WU. Ini akan menjanakan nombor My WU yang akan digunakan pada semua pindahan digital. Anda boleh mencipta profil anda tanpa menghantar pindahan wang. Daftar sekarang untuk mencipta profil anda.
• Sudah mempunyai profil? Log masuk dan pilih tab My WU pada bahagian atas kanan halaman. Terima terma dan syarat program dan nombor My WU akan diperuntukkan kepada anda.
• Daftar secara bersemuka di mana-mana lokasi ejen kami. Anda boleh menemukan cetakan nombor My WU pada bahagian atas resit anda.

Adakah saya masih boleh menggunakan mata ganjaran saya dan bilakah mata tersebut akan tamat tempoh?

Ya, jika anda mempunyai mata ganjaran yang mencukupi, anda boleh terus menebus mata tersebut yang tamat tempoh mengikut terma dan syarat untuk mendapatkan ganjaran seperti sebelum ini. Tiada perubahan dibuat terhadap fungsi penebusan dan mata ganjaran yang ditebus kerana diskaun akan digunakan secara automatik pada pindahan wang seperti biasa. Semua mata yang terkumpul dalam akaun anda akan kekal sah dan tamat tempoh mengikut terma dan syarat.

Bagaimanakah data pelanggan dilindungi oleh Western Union?

Privasi data merupakan keutamaan kami. Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut Amalan Maklumat Saksama dan undang-undang perlindungan data yang berkaitan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi data, lawati bahagian Pernyataan Privasi kami.

Masih mempunyai pertanyaan? Kami sedia membantu.

Hubungi kami di Atau berhubung dengan kami di sini

Kami membawakan pembaharuan untuk menambah baik pengalaman anda.

  • Hantar wang kepada sesiapa sahaja dengan cepat dan mudah.
  • Jejak pindahan wang anda dalam masa nyata
  • Tebus ganjaran dan banyak lagi.

¹ Western Union juga membuat wang daripada pertukaran mata wang. Apabila memilih sebuah pemancar wang, berhati-hati membandingkan kedua-dua yuran pemindahan dan kadar pertukaran. Bayaran dan kadar pertukaran asing mungkin berbeza mengikut jenama, saluran, dan lokasi berdasarkan beberapa faktor. Bayaran dan harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Tertakluk kepada cukai yang dikenakan (jika ada).