English

Syarat dan Peraturan

PERKHIDMATAN WESTERN UNION® MONEY TRANSFERSM DISEDIAKAN BERDASARKAN TERMA DAN SYARAT BERIKUT

Transaksi Western Union® Money TransferSM boleh dihantar dan diambil di kebanyakan lokasi Ejen Western Union® di seluruh dunia. Pelanggan boleh menghubungi nombor yang tersenarai untuk alamat dan waktu operasi lokasi-lokasi yang berhampiran. Sesetengah lokasi dibuka 24 jam.

Pemindahan wang yang biasa selalunya tersedia dalam masa beberapa minit untuk diambil oleh penerima, tertakluk kepada waktu operasi lokasi Ejen Western Union® (“Ejen”) yang menerima. Perkhidmatan pemindahan wang Hari Berikutnya/2 Hari dan berasaskan akaun boleh didapati apabila diminta ke negara/wilayah yang terhad. Wang yang dihantar menggunakan perkhidmatan pemindahan wang Hari Berikutnya/2 Hari akan tersedia untuk pengambilan, masing-masing dalam masa 24 dan 48 jam. Pemindahan berasaskan akaun pula biasanya mengambil masa sehingga 5 hari berniaga, walaupun pemindahan ke dompet telefon mudah alih biasanya tersedia dalam masa beberapa minit. Melebihi had amaun, sekatan kawal selia atau lain-lain sekatan di negara/ wilayah tertentu boleh melewatkan transaksi. Western Union tidak bertindak sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana bank untuk sebarang tujuan dan tidak menerima deposit bagi pihak mana-mana bank. Hubungi nombor telefon di bawah untuk butiran lanjut.

Pemindahan wang biasanya akan dibayar dalam wang tunai tetapi sesetengah Ejen mungkin akan membayar dengan cek atau kombinasi tunai dan cek atau mungkin menawarkan atau penerima mungkin memilih cara lain untuk menerima dana dan sesetengah pemindahan wang mungkin dibayar ke dalam akaun. Semua pembayaran tunai adalah tertakluk kepada ketersediaan, penerima menunjukkan bukti dokumen identiti mereka dan memberikan semua butiran tentang pemindahan wang tersebut yang diperlukan oleh Western Union, termasuk nama pengirim dan penerima, negara/wilayah asal, anggaran jumlah, MTCN dan sebarang syarat atau keperluan lain yang dikenakan di lokasi Ejen. Pengirim memberi kuasa kepada Western Union untuk menunaikan kaedah pilihan penerima untuk menerima dana walaupun jika ia berbeza daripada pilihan pengirim. Pemindahan wang tunai akan dibayar kepada orang yang Ejen anggap berhak untuk menerima transaksi tersebut selepas pengesahan identiti biasanya melalui pemeriksaan dokumen-dokumen pengenalan. Pembayaran yang sedemikian boleh dibuat walaupun apabila borang yang diisi oleh penerima mengandungi kesilapan kecil. Western Union atau Ejennya tidak menjalankan perbandingan borang “Kiriman Wang” terhadap borang “Penerimaan Wang” bagi mengesahkan alamat yang diberikan untuk penerima. Di sesetengah destinasi, penerima mungkin akan diminta untuk memberikan dokumen pengenalan, satu ujian soal jawab atau kedua-duanya untuk menerima dana secara tunai. Soalan-soalan ujian bukan ciri keselamatan tambahan dan tidak boleh digunakan untuk menentukan masa atau melewatkan pembayaran sesuatu transaksi dan adalah dilarang di negara/ wilayah tertentu.

Undang-undang yang terpakai melarang pemindah wang daripada menjalankan perniagaan dengan individu-individu dan negara/wilayah yang tertentu. Western Union dikehendaki menyaring semua transaksi terhadap senarai-senarai nama yang diberikan oleh kerajaan negara/wilayah di mana kami menjalankan perniagaan, termasuk Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) di bawah Jabatan Perbendaharaan AS dan Kesatuan Eropah. Sekiranya padanan yang berpotensi dikenal pasti, Western Union akan menyiasat transaksi tersebut untuk menentukan jika nama tersebut sepadan dengan individu dalam senarai yang berkaitan. Kadang-kadang pelanggan akan dikehendaki untuk memberikan pengenalan atau maklumat tambahan, dan ini melewatkan transaksi. Ini ialah keperluan undang-undang untuk semua transaksi yang diproses oleh Western Union (termasuk pemindahan yang berasal dan berakhir di luar AS).

FI PEMINDAHAN - Maklumat bertulis yang menerangkan bagaimana Western Union mengenakan caj kepada pengirim kerana membuat pemindahan wang akan sama ada dipaparkan dengan jelas di lokasi Ejen atau ditunjukkan kepada pengirim sebelum melengkapkan arahan pembayaran. Kecuali undang-undang yang terpakai di negara/wilayah destinasi menghendaki sebaliknya, pengirim akan menanggung semua fi untuk pemindahan wang tersebut. Dalam kes-kes tertentu, bayaran pemindahan wang mungkin akan tertakluk kepada cukai dan caj-caj perkhidmatan tempatan.

PERTUKARAN MATA WANG ASING - Pembayaran pemindahan wang biasanya akan dibuat dalam mata wang negara/wilayah destinasi (di sesetengah negara/wilayah, pembayaran hanya tersedia dalam dolar AS atau lain-lain mata wang ganti). Di samping fi pemindahan yang dikenakan untuk setiap pemindahan dan jika mata wang yang pengirim serahkan kepada Ejen bukan mata wang yang akan diterima oleh penerima, semua mata wang akan ditukarkan pada kadar pertukaran semasa Western Union pada waktu tersebut. Mata wang akan ditukarkan pada masa pemindahan dan penerima akan menerima amaun mata wang asing yang ditunjukkan pada borang transaksi. Di beberapa buah negara/wilayah, peraturan tempatan menghendaki mata wang tersebut ditukarkan pada masa penerima dibayar, yang mana kadar pertukaran dan sebarang amaun yang ditunjukkan pada borang transaksi boleh tertakluk kepada turun naik kadar pertukaran antara masa pemindahan dan masa penerima mengambil dana. Western Union mengira kadar pertukarannya berdasarkan kadar antara bank yang tersedia secara komersial dengan ditambah keuntungan. Kebanyakan kadar pertukaran diselaraskan beberapa kali setiap hari selari dengan kadar penutupan pasaran kewangan global yang berkaitan. Kadar pertukaran yang dikenakan mungkin kurang menguntungkan berbanding sesetengah kadar pertukaran komersial yang dilaporkan secara umum yang digunakan dalam transaksi antara bank dan lain-lain institusi kewangan. Sebarang perbezaan antara kadar pertukaran mata wang yang ditawarkan kepada pelanggan dan kadar pertukaran mata wang yang diterima oleh Western Union akan disimpan oleh Western Union (dan, dalam sesetengah keadaan, Ejennya) di samping fi pemindahan. Maklumat tambahan mengenai  kadar pertukaran untuk negara/wilayah destinasi spesifik boleh diperolehi dengan menghubungi kami atau di www.westernunion.com.

Mengirim dan menerima di negara/wilayah yang menyediakan pembayaran dalam berbilang mata wang: Pengirim mesti memilih mata wang pembayaran pada masa transaksi pengiriman wang dibuat. Fi pemindahan dan wang yang Western Union (atau Ejennya, telefon mudah alih atau penyedia akaun) jana apabila ia menukar dana kepada mata wang asing boleh berubah-ubah berdasarkan mata wang pembayaran yang dipilih. Di sesetengah negara/wilayah, penerima boleh memutuskan untuk menerima dana dalam mata wang yang berlainan daripada yang pengirim telah pilih. Western Union (atau Ejennya, telefon mudah alih atau penyedia akaun) mungkin akan menjana wang tambahan apabila dana anda ditukarkan kepada mata wang yang dipilih oleh penerima.

PERKHIDMATAN ISTIMEWA

PEMBERITAHUAN TELEFON kepada penerima bahawa pemindahan wang telah tersedia untuk dipungut ada ditawarkan di kebanyakan negara/wilayah dengan fi tambahan. PENYERAHAN OLEH UTUSAN bagi cek atau draf bank ada tersedia di sesetengah negara ke destinasi terpilih dengan fi tambahan. MESEJ TAMBAHAN boleh disertakan dengan fi tambahan untuk pemindahan wang yang dihantar ke kebanyakan negara/wilayah.

SMS – Di mana tersedia, Western Union menawarkan pemberitahuan SMS percuma untuk menunjukkan bahawa transaksi telah dipungut oleh penerima (untuk pengirim) atau bahawa dana telah tersedia untuk dipungut (untuk penerima). Caj-caj yang dikenakan oleh Penyedia Perkhidmatan adalah tanggungjawab eksklusif pengirim atau penerima. Jika dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, SMS tersebut akan dihantar ke nombor telefon mudah alih pengirim dan/atau penerima yang mereka telah berikan. Western Union akan menghantar pesanan SMS kepada get laluan pihak ketiga untuk penyampaian. Western Union tidak bertanggungjawab ke atas SMS yang tidak disampaikan atau kepincangan tugas teknikal yang berlaku di luar sistem proprietarinya.

PEMINDAHAN BERASASKAN AKAUN - Di mana tersedia, penerima mungkin akan menanggung fi tambahan untuk menerima dana pengirim melalui telefon mudah alih atau kepada bank atau akaun lain. Pemindahan hendaklah dihantar ke akaun mata wang tempatan (penerima), jika tidak institusi yang menerima boleh menukar dana pada kadar pertukarannya sendiri atau menolak transaksi tersebut. Perjanjian penerima dengan penyedia perkhidmatan telefon mudah alihnya, mWallet, bank atau akaun lain mentadbir akaun tersebut dan menentukan hak, liabiliti, fi, ketersediaan dana dan had akaun. Sekiranya nombor akaun yang diberikan (termasuk nombor telefon mudah alih untuk akaun mudah alih) tidak dimiliki oleh penerima yang dinamakan, pemindahan akan dikreditkan ke nombor akaun yang diberikan oleh pengirim. Western Union akan menjana wang daripada fi yang berkaitan dengan penggunaan akaun. Western Union tidak bertanggungjawab terhadap pengirim atau terhadap mana-mana pemegang akaun di atas sebarang fi, kadar pertukaran yang digunakan untuk penukaran kepada bukan mata wang tempatan, tindakan atau tiada tindakan oleh penyedia perkhidmatan kewangan destinasi atau pengantara. 

BAYARAN BALIK - Western Union akan membayar balik amaun prinsipal pemindahan wang (pada kadar pertukaran terpakai yang diterangkan di sini yang berkuat kuasa pada masa bayaran balik dibuat) apabila terdapat permintaan bertulis oleh pengirim jika pembayaran kepada penerima tidak dibuat atau dikreditkan dalam masa 45 hari. Bayaran balik fi pemindahan dibuat apabila terdapat permintaan bertulis daripada pengirim jika pemindahan wang tidak tersedia kepada penerima dalam masa yang telah ditetapkan untuk perkhidmatan yang dipilih, tertakluk kepada waktu perniagaan dan ketersediaan dana di lokasi yang dipilih untuk pembayaran dan lain-lain syarat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, syarat-syarat di luar kawalan Western Union atau Ejennya, seperti cuaca lembap atau kegagalan telekomunikasi. Fi pemindahan tidak akan dibayar balik sekiranya pemindahan dihentikan atas permintaan pengirim. Pembayaran sebahagian pemindahan wang mungkin akan lewat akibat pengenaan undang-undang Amerika Syarikat atau undang-undang lain yang terpakai. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Western Union mungkin akan memotong caj pentadbiran daripada pemindahan wang yang tidak dipungut dalam masa satu tahun dari tarikh kiriman.

LIABILITI - WESTERN UNION TIDAK MENJAMIN PENYERAHAN ATAU KESESUAIAN MANA-MANA BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBAYAR DENGAN CARA PEMINDAHAN WANG WESTERN UNION. DATA TRANSAKSI PENGIRIM ADALAH SULIT KEPADANYA DAN TIDAK BOLEH DIKONGSIKAN DENGAN MANA-MANA ORANG LAIN SELAIN DARIPADA PENERIMANYA. PENGIRIM DIBERI AMARAN TENTANG MENGIRIM WANG KEPADA MANA-MANA ORANG YANG BELIAU TIDAK KENALI. DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, WESTERN UNION ATAU MANA-MANA EJENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA PENGIRIM MEMBERITAHU DATA TRANSAKSI KEPADA MANA-MANA ORANG SELAIN DARIPADA PENERIMANYA. DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, WESTERN UNION ATAU MANA-MANA EJENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEROSAKAN DISEBABKAN KELEWATAN, TIADA PEMBAYARAN ATAU BAYARAN KURANG DARIPADA PEMINDAHAN WANG INI ATAU TIADA PENYERAHAN SEBARANG MESEJ TAMBAHAN, SAMA ADA DISEBABKAN OLEH KECUAIAN KAKITANGAN ATAU EJENNYA ATAU SEBALIKNYA, MELEBIHI JUMLAH YANG SETARA DENGAN US$500 (DI SAMPING PEMBAYARAN BALIK AMAUN PRINSIPAL PEMINDAHAN WANG DAN FI PEMINDAHAN). DALAM APA-APA KEADAAN SEKALIPUN, WESTERN UNION ATAU EJENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU AKIBAT. PENAFIAN YANG SETERUSNYA TIDAK AKAN MENGEHADKAN LIABILITI WESTERN UNION ATAU EJENNYA KE ATAS KEROSAKAN AKIBAT DARIPADA KECUAIAN MELAMPAU ATAU SALAH LAKU SENGAJA WESTERN UNION ATAU EJENNYA DALAM BIDANG KUASA DI MANA PENGEHADAN LIABILITI YANG SEDEMIKIAN ADALAH TIDAK SAH. WESTERN UNION TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAS SEBARANG KOS, PERBELANJAAN, KERUGIAN ATAU KEROSAKAN APA JUA PUN YANG TIMBUL DARIPADA PEMINDAHAN ATAU PENDEDAHAN MAKLUMAT (SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DI BAWAH) SAMA ADA DISEBABKAN SEBARANG SALAH KENYATAAN, KETIADAANNYA, KELEWATAN ATAU SEBARANG HAL LAIN BERHUBUNG DENGANNYA ATAU APA JUA PUN.

Apabila seseorang Ejen menerima draf cek, kad kredit atau debit atau lain-lain bentuk pembayaran bukan tunai, Western Union atau Ejen tersebut tidak berkewajipan untuk memproses atau membayar pemindahan wang tersebut jika bentuk pembayaran tidak boleh dipungut, dan mereka juga tidak menanggung sebarang liabiliti ke atas kerosakan akibat tiada pembayaran daripada pemindahan wang atas alasan tidak boleh dipungut yang sedemikian. Western Union berhak untuk mengubah terma dan syarat ini atau perkhidmatan yang ditawarkan tanpa sebarang notis. Western Union dan Ejennya boleh menolak untuk menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana orang.

PERLINDUNGAN DATA - Maklumat peribadi anda diproses di bawah undang-undang yang terpakai dan dikawal oleh  Western Union Payments (Malaysia) Sdn. Bhd. Kami menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan produk dan perkhidmatan kami, serta lain-lain maklumat yang dipungut atau dijana sepanjang hubungan kami dengan anda. Ini termasuk maklumat daripada lain-lain perkhidmatan seperti pemindahan wang, pembayaran bil, butiran program kesetiaan atau keahlian, sejarah penggunaan perkhidmatan kami dan pilihan pemasaran. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perkhidmatan pelanggan, anti penggubahan wang haram, pematuhan dan tugas-tugas sah, untuk mengesahkan butiran anda, untuk membantu kami memahami para pengguna kami dengan menjalankan analisis dan penyelidikan terhadap maklumat yang kami simpan, untuk membantu mencegah dan mengesan penipuan, hutang dan kecurian, untuk membantu kami memperbaiki produk-produk, perkhidmatan dan operasi kami dan, tertakluk kepada pilihan-pilihan anda, menghantar kepada anda komunikasi komersial melalui e-mel, telefon, pos, SMS dan sebarang saluran lain yang berkaitan.

Western Union boleh menggunakan, memungut daripada dan berkongsi dengan lain-lain perniagaan yang bekerja dengan kami, maklumat daripada lain-lain produk dan perkhidmatan dan program kemudahan dan/atau ganjaran yang anda telah mendaftarkan diri. Maklumat ini boleh digunakan untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam bahagian ini. Kami akan menyimpan maklumat yang anda berikan tentang orang lain termasuk butiran tentang penerima perkhidmatan kami dan mana-mana pihak ketiga yang anda wakili untuk mengirim wang, bagi melaksanakan transaksi tersebut. Sebelum memberikan maklumat ini, anda perlu memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada orang lain tersebut berkenaan penggunaan maklumat ini oleh kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini. Penyediaan maklumat ini ialah maklumat pilihan tetapi diperlukan untuk melaksanakan transaksi dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini kepada anda. Tanpanya, Western Union tidak dapat melaksanakan pemindahan wang, memudah cara aktiviti-aktiviti kemudahan atau lain-lain perkhidmatan yang diminta. 

Kami mungkin akan memberikan maklumat yang kami simpan kepada pihak-pihak yang berada di negara/wilayah selain daripada negara di mana maklumat tersebut dipungut atau dicipta pada asalnya, termasuk kepada syarikat-syarikat bersekutu di Amerika Syarikat, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam kenyataan ini. Kategori-kategori data yang dipindahkan termasuk maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, butiran hubungan dan maklumat berkaitan pemindahan wang, sejarah transaksi dan sebarang maklumat lain yang anda telah berikan. Kami juga mungkin akan memberikan maklumat tersebut kepada organisasi lain termasuk mereka yang membantu kami menjalankan perniagaan, sekiranya terdapat keperluan munasabah untuk berbuat demikian, untuk menjalankan atau membantu pemindahan wang, perkhidmatan masa hadapan atau untuk sebarang sebab atau penggunaan yang dinyatakan dalam bahagian ini. Kami boleh menambah kepada maklumat yang anda berikan dengan maklumat daripada lain-lain perniagaan atau individu, termasuk maklumat untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang anda berikan. Western Union dan syarikat bersekutu kami di seluruh dunia boleh mendedahkan maklumat peribadi anda, termasuk tanpa had, nama, nombor ID pelanggan, alamat dan maklumat akaun bank anda, (i) sekiranya kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang domestik atau asing atau proses undang-undang atau (ii) kepada pihak penguatkuasa undang-undang atau lain-lain pegawai kerajaan (termasuk mereka di negara/wilayah ini, Amerika Syarikat atau di mana sahaja) bagi tujuan seperti mengesan, menyiasat, mendakwa dan mencegah jenayah, termasuk penggubahan wang haram dan aktiviti jenayah yang berkaitan dan penerima maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut selanjutnya bagi tujuan-tujuan ini dan lain-lain tujuan yang berkaitan.

Maklumat yang kami simpan boleh diakses oleh Western Union dan syarikat-syarikat bersekutu kami termasuk mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dibenarkan untuk sebarang sebab yang dinyatakan dalam bahagian ini atau bagi lain-lain tujuan yang anda telah persetujui. Anda berhak untuk meminta daripada kami untuk melihat dan mendapatkan salinan maklumat anda yang mana kami boleh mengenakan sedikit fi untuknya. Anda juga boleh memperbetulkan, memadam atau mengehadkan penggunaan maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat atau lapuk oleh kami. Anda boleh membantah pada bila-bila masa atas alasan yang sah terhadap penggunaan maklumat anda, bila mana pemprosesannya tidak diperlukan untuk melengkapkan perkhidmatan atau tidak diperlukan oleh undang-undang atau peraturan. Sekiranya anda ingin menggunakan hak-hak ini atau tidak lagi ingin menerima komunikasi komersial daripada Western Union atau ingin membuat aduan berkaitan maklumat peribadi anda, sila hubungi Western Union menggunakan nombor di bawah semasa waktu perniagaan biasa.

KONTRAK AND HUBUNGAN PELANGGAN - Kontrak kami ialah dengan pengirim. Kami tidak mempunyai obligasi terhadap mana-mana pihak lain, seperti pihak yang diwakili oleh pengirim untuk menghantar dana. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Maklumat anda, anda harus menghubungi nombor di bawah. Butiran bertulis tentang prosedur penyelesaian pertikaian Western Union boleh didapati di mana-mana lokasi Ejen. Seorang wakil akan menyiasat kebimbangan anda dengan adil dan segera.

Perkhidmatan Pemindahan Wang Western Union disediakan oleh Western Union Payments (Malaysia) Sdn. Bhd. bersama-sama Western Union Financial Services, Inc., sebuah syarikat Amerika (untuk transaksi perkhidmatan komersial) dan Western Union International Limited, sebuah syarikat Ireland (untuk pemindahan wang), melalui rangkaian Ejen dan wakil-wakil yang sah.

UNTUK PERKHIDMATAN PELANGGAN, SILA HUBUNGI 1800-81-3399

Hak cipta 2011-2018 WESTERN UNION HOLDINGS, INC. Hak Cipta Terpelihara. Semakan Januari 2018